CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 31 March 2009

Pengenalan

Menurut kamus pelajar DBP, virus bermaksud `hidupan seni yang menyebarkan penyakit dan menularkannya. Dalam istilah komputer, virus adalah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu dalam disk yang dinamakan boot sector. Virus akan diaktifkan apabila kita menjalankan sesuatu program atau perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti.

Perkataan virus adalah berasal daripada perkataan latin bermaksud racun. Tetapi mengikut rekod, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.

Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya. Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya" yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah, virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .

Jenis virus dan fungsi

• Virus boot-sector: menggantikan dan memasuki boot-sector iaitu kawasan berhampiran dengan hard drive (atau jenis disk lainnya) yang akan diakses pertama kali semasa komputer dinyalakan. Virus jenis ini dapat menghalang komputer untuk melakukan booting dari hard disk.
• Virus fail: menjangkiti sistem aplikasi. Virus ini melakukan penyamaran untuk menyebarkan dirinya kepada aplikasi dan dokumen yang berkaitan dengannya ketika fail yang dijangkiti sedang dibuka.
• Virus makro ditulis dengan menggunakan bahasa pemprograman makro yang disederhanakan dan selalunya menjangkiti Microsoft Office (contohnya Word dan Excel). Sebuah dokumen yang telah dijangkiti oleh virus makro secara umumnya akan mengubahsuai arahan yang sedia ada (seperti perintah "Save") untuk memicu penyebaran dirinya semasa arahan tersebut dijalankan.
• Virus multipartite: menjangkiti fail dan boot-sector iaitu suatu virus yang dapat menjangkiti sistem secara terus sebelum dikenalpasti oleh scanner anti-virus.
• Virus polymorphic: akan mengubah kodnya tetapi secara teori virus jenis ini lebih susah untuk dikesan oleh scanner antivirus, tetapi kenyataannya virus jenis ini tidak mudah dikesan.
• Virus stealth: menyembunyikan dirinya dengan membuat fail yang sedang dijangkiti tampak tidak dijangkiti, tetapi virus jenis ini tidak mampu menghadapi scanner antivirus terbaru.

Ciri- ciri Virus Komputer

• Laju. Sesetengah virus menjangkiti sistem komputer dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
• Perlahan.Virus yang menjangkiti secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
• Bersembunyi. Ia menjangkiti sistem secara senyap-senyap dan menyamar serta tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
• Polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

Akibat Virus

Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer . Virus mampu merosakkan :
• cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama
• perkakasan seperti monitor,papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM
• memadamkan fail dari cakera keras
• merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.

Bagaimana virus merebak?

Virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor boot dalam pendrive atau thumbdrive dan merebak jika pendrive yang serupa digunakan pada komputer lain.

Cara mengelakkan komputer diserang virus

1. Tidak menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.
Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi memastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut.

2. Tidak sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah diubahsuai dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

3. Tidak membuka e-mel yang mempunyai attachment
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan e-mel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.

4. Menggunakan mana-mana perisian antivirus yang dilengkapi dengan fail paten atau senarai virus yang terkini.

5. Mengimbas cakera keras anda dengan membersihkan virus di dalam boot sector, membersihkan virus yang melekat pada mana-mana fail sistem atau perisian, serta memadamkan atau kuarantin fail-fail yang tidak dapat dipulihkan semula.

6. Ada sesetengah virus yang boleh dibersihkan secara manual terutama dari jenis cecacing dan trojan. Merawat virus secara manual mempunyai risiko yang tinggi dan memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi.

Cara Mencegah virus

Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu sistem pencegahan iaitu pendrive atau thumbdrive dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Antara perisian anti-virus yang boleh digunakan ialah Norton Anti-Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti-virus dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6 bulan. Pengemaskinian perlu dilakukan kerana virus akan berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan.