CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 31 March 2009

Pengenalan

Menurut kamus pelajar DBP, virus bermaksud `hidupan seni yang menyebarkan penyakit dan menularkannya. Dalam istilah komputer, virus adalah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu dalam disk yang dinamakan boot sector. Virus akan diaktifkan apabila kita menjalankan sesuatu program atau perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti.

Perkataan virus adalah berasal daripada perkataan latin bermaksud racun. Tetapi mengikut rekod, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.

Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya. Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya" yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah, virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .

Jenis virus dan fungsi

• Virus boot-sector: menggantikan dan memasuki boot-sector iaitu kawasan berhampiran dengan hard drive (atau jenis disk lainnya) yang akan diakses pertama kali semasa komputer dinyalakan. Virus jenis ini dapat menghalang komputer untuk melakukan booting dari hard disk.
• Virus fail: menjangkiti sistem aplikasi. Virus ini melakukan penyamaran untuk menyebarkan dirinya kepada aplikasi dan dokumen yang berkaitan dengannya ketika fail yang dijangkiti sedang dibuka.
• Virus makro ditulis dengan menggunakan bahasa pemprograman makro yang disederhanakan dan selalunya menjangkiti Microsoft Office (contohnya Word dan Excel). Sebuah dokumen yang telah dijangkiti oleh virus makro secara umumnya akan mengubahsuai arahan yang sedia ada (seperti perintah "Save") untuk memicu penyebaran dirinya semasa arahan tersebut dijalankan.
• Virus multipartite: menjangkiti fail dan boot-sector iaitu suatu virus yang dapat menjangkiti sistem secara terus sebelum dikenalpasti oleh scanner anti-virus.
• Virus polymorphic: akan mengubah kodnya tetapi secara teori virus jenis ini lebih susah untuk dikesan oleh scanner antivirus, tetapi kenyataannya virus jenis ini tidak mudah dikesan.
• Virus stealth: menyembunyikan dirinya dengan membuat fail yang sedang dijangkiti tampak tidak dijangkiti, tetapi virus jenis ini tidak mampu menghadapi scanner antivirus terbaru.

Ciri- ciri Virus Komputer

• Laju. Sesetengah virus menjangkiti sistem komputer dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
• Perlahan.Virus yang menjangkiti secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
• Bersembunyi. Ia menjangkiti sistem secara senyap-senyap dan menyamar serta tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
• Polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

Akibat Virus

Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer . Virus mampu merosakkan :
• cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama
• perkakasan seperti monitor,papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM
• memadamkan fail dari cakera keras
• merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.

Bagaimana virus merebak?

Virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor boot dalam pendrive atau thumbdrive dan merebak jika pendrive yang serupa digunakan pada komputer lain.

Cara mengelakkan komputer diserang virus

1. Tidak menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.
Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi memastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut.

2. Tidak sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah diubahsuai dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

3. Tidak membuka e-mel yang mempunyai attachment
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan e-mel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.

4. Menggunakan mana-mana perisian antivirus yang dilengkapi dengan fail paten atau senarai virus yang terkini.

5. Mengimbas cakera keras anda dengan membersihkan virus di dalam boot sector, membersihkan virus yang melekat pada mana-mana fail sistem atau perisian, serta memadamkan atau kuarantin fail-fail yang tidak dapat dipulihkan semula.

6. Ada sesetengah virus yang boleh dibersihkan secara manual terutama dari jenis cecacing dan trojan. Merawat virus secara manual mempunyai risiko yang tinggi dan memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi.

Cara Mencegah virus

Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu sistem pencegahan iaitu pendrive atau thumbdrive dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Antara perisian anti-virus yang boleh digunakan ialah Norton Anti-Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti-virus dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6 bulan. Pengemaskinian perlu dilakukan kerana virus akan berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan.

Cara Menghapuskan virus

Menggunakan sebarang perisian anti-virus seperti Norton anti-virus. Perisian anti-virus perlu sentiasa dikemas kini untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Kita juga perlu mengikuti perkembangan virus dan perisian anti-virus bagi mengelakkan serangan virus. Selain daripada perisian anti-virus, kita juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan ExploreZIP Worm Cleaner 1.0.

Jenis-jenis anti-virus

1. Macintosh Antivirus
Perisian antivirus Macintosh melindungi anda dan keselamatan perniagaan daripada virus berbahaya yang boleh memusnahkan komputer, identiti diri dan memberi jaminan keselamatan. Perisian antivirus adalah efektif dalam mengesan dan menghapuskan virus. Selain itu, dapat mengesan dan menghalang jangkitan virus. Seperti perisian yang lain, ia mengimbas memori komputer dan pemacu cakera dalam mengesan virus. Sekiranya virus dapat dikesan, pengguna diberi pilihan kepada pengguna sama ada menghapuskan virus atau mengkuaratin mana-mana fail atau cakera yang dijangkiti virus. Dokumen polisi antivirus akan menyenaraikan keselamatan produk, jadual mengemaskini dan prosedur penguatkuasaan. Polisi ini perlu diperbaharui sekurang-kurangnya setiap 6 bulan untuk bandingkan kedudukan keselamatan syarikat dengan keadaan semasa landskap virus. Perisian antivirus Macintosh adalah pelaburan bijak bagi individu, perniagaan kecil , sederhana malah perniagaan antarabangsa.

2. Norton Antivirus Mac OS® X version 10.4.10 or higher
Mengesan dan menghapuskan virus secara automatik dengan menawarkan perlindungan automatik menentang virus terbaru menggunakan kemudahan “ set-and-forget”. Fail memuat turun mengimbas dan menghapuskan virus dan ancaman e-mail dengan penghantaran berterusan, perlindungan terkini melalui mengemas kini secara pantas. Selain itu, perisian antivirus Norton pernah dianugerahkan Macworld: Antivirus Program Gets Substantial New Features pada Oktober 2005.

3. Avira AntiVir 9 Disertai Dengan Anti-Spyware
Perisian antivirus percuma terbaik iaitu Avira Antivirus 9 kini telah dilengkapi dengan fungsi anti-spyware. Ini bermakna, bukan sahaja boleh mendapatkan perlindungan dari virus dan spyware daripada satu perisian malah ianya adalah percuma.

4. Dr. Solomon Anti virus Toolkit
Dikatakan antara anti virus yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus dan hamper 89% Berjaya dihapuskan. Walau bagaimanapun, anti virus ini agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini kerana penghantarannya hanya melalui disk. Anti virus ini dikatakan antara yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus dan keupayaannya telah pun dikenalpasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap dan mutu sesuatu perisian anti virus yang dikawal oleh NCSA(National Computer Security A Association) iaitu sebuah pertubuhan pakar dalam bidang anti virus.
Anti virus ini dikatakan sebagai `mesra pengguna’ kerana ia tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus. Selain itu, ia juga mempunyai encyclopedia sendiri mengenai virus-virus yang dikenalpasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut.
Di samping itu, anti virus ini juga engandungi `Magic Bullet’ iaitu “bootable floppy disk” yang membolehkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana system komputer.

5. F-Prot Profesional
Anti virus ini dikatakan anti virus yang kedua terbaik dalam mengesan virus. Antivirus ini akan menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahannya pula, ia memerlukan kata laluan dan pemasangan semula untuk mengemaskini fail pengenalan virus. Berbanding dengan anti virus Dr. Solomon, harganya anti virus ini adalah lebih mahal.
Anti virus ini merupakan anti virus yang agresif kerana berupaya virus bagi kawasan LAN. Namun, sekiranya anda merupakan pengguna Windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana computer lain, F-Prot adalah tidak sesuai bagi anda.Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, anti virus ini mampu mengesan hampir 99% jenis virus dan Berjaya menghapuskan sebanyak 78% daripada virus yang ditemui.
Anti virus ini juga membolehkan anda mengesan tempat-tempat tertentu yang mungkin dijangkiti virus. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan dikenal pasti tidak mempunyai tanda-tanda virus. F-Prot juga mampu menghantar fail yng telah dijangkiti kepada `System Administrator’.

6. IBM Antivirus Version 2.5
Anti virus ini juga merupakan anti virus yang agak baik dalam mengesan virus. Walau bagaimanapun, ia agak sukar untuk menghapuskan virus. Bersesuaian dengan harganya yang agak murah di samping mampu mengesan banyak virus.
Namun, anti virus ini mempunyai banyak kelemahan. Anti virus ini merupakan satu-satunya anti virus yang tidak mampu menghapuskan virus, melainkan apabila ia betul-betul pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan sama ada memadamkan saja fail tersebut ataupun tiada.
IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat “bootable emergency disk” semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat “bootable emergency disk” anda terpakasa mengulangi proses pemasangan sekali lagi.

Kenapa Perlu Update Antivirus?

Semua jenis antivirus perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer , antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu dikemas kini selalu agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Cara-cara untuk scan virus :

1) Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win
Apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Penyelesaian bagi masalah ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Hal ini kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Jadi, bootable CD digunakan kerana ia merupakan CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.
2) Memeriksa Virus Secara Online
NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa - apa software di dalam komputer. Apa yang anda perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian.
Masa yang diambil oleh NanoScan amat pantas, kira-kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa - apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman - ancaman tersebut.

Kesimpulan

Virus sebenarnya penting dalam kehidupan kita kerana virus mampu melindungi maklumat-maklumat peribadi kita daripada diceroboh. Hal ini membuatkan kita lebih berjaga-jaga dalam menjaga hak-hak intelek. Namun apabila virus menyerang, ia mampu memusnahkan fail-fail penting dan juga mendatangkan kerosakan kepada perisian komputer serta mengganggu sistem pengoperasian. Seperti yang diketahui, virus komputer adalah sebuah sistem yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam menjangkiti dan merosakkan fail kerana mampu menukar dan membiak dengan sendirinya.

Sumber rujukan

Copyright © 2006 - 2009 Netvirus.ukm.my. Rekabentuk Oleh Unit Perkhidmatan
Netvirus :: Sebuah laman web dari Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Rangkaian, Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia

http://sembangkomputer.com/tag/antivirus/

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=18612&UID

http://www.ilmuit.tutorial.com/102

http://www.geocities.com/durontekno/VIRUS.ht

http://members.tripod.com/ybm73/history/virus.htm

http://www.symantec.com/norton/macintosh/antivirus

http://www.mcafee.com/us/security_wordbook/mac_antivirus .html